Pages

nuffnang

Monday, November 29, 2010

Cabaran graduan Malaysia



Ada ilmu kena share. This is the email from my ex-lecturer, UiTM Segamat.I received d email about 2 months ago.Beliau adalah Seorang lecturer yang begitu berwibawa. Suka belajar dengan Sir sebab banyak info n aku excited utk masuk kelas sir. Eventhough dia banyak soal and suka psyco we all, but semua benda tu berguna. Berguna untuk our future. Thanks sir. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum student2 (& ex-student) yg saya hormati,

Apa khabar semua ? Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat, di bawah lindungan Allah hendaknya.

Insya Allah kami sekeluarga merancang utk menunaikan Haji pada tahun ini, jadi saya ingin memohon maaf kepada semua kalau ada terkasar bahasa & tersinggung perasaan sepanjang saya berada di UiTM Segamat dulu. Saya mohon doa anda agar dimudahkan segala urusan & perjalanan kami ke Mekah. Insya Allah saya juga akan doakan kejayaan & kesejahteraan semua warga UiTM Segamat & pelajar2 saya di dunia & Akhirat.

Dulu saya pernah beritahu Prof Kamil, kalau saya balik Msia nanti saya nak bagi ceramah kat UiTM Segamat. Tapi disebabkan kami belum merancang utk balik ke Msia dlm tempoh terdekat, izinkan saya mengirim pesanan di bawah sbg ganti ceramah "Saya Bekerja Di Riyadh".

Harap pesanan ini dapat disampaikan kepada kawan2 semua (termasuk yg telah grad).
Kerja lebih kuat & jadikan diri anda yang terbaik dan paling cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi.

Apabila kita berjaya dalam pelajaran / pekerjaan, ibu bapa kita antara yang paling gembira & bangga.
Jadikan ibu bapa anda orang2 yang paling bangga dgn anda, insya Allah, besar pahala & berkatnya.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pelajar,

Didoakan agar semuanya berada dalam keadan sihat sejahtera hendaknya di dalam menempuhi alam universiti. Status “pelajar universiti” merupakan satu pengiktirafan yang tinggi oleh masyarakat kerana anda merupakan orang yang bijak pandai serta terpilih di antara ribuan lagi remaja yang tidak mendapat peluang yang sama. Anda sepatutnya berbangga dengan status ini kerana anda adalah “cream of the society”. Lebih tinggi ilmu anda, lebih tunduk merendah diri kerana ini semua anugerah Allah kepada anda.


Boleh saya akui yang setahun mengajar di UiTM Segamat antara tempoh paling manis sepanjang dunia pekerjaan saya. Banyak yang saya pelajari daripada para pensyarah, staf bahkan para pelajar.


Tiba-tiba saya ditawarkan jawatan di syarikat Etihad Etisalat (Mobily), sebuah syarikat telekomunikasi yang berkembang pesat di rantau Arab ini. Sebelum itu, saya telah beberapa kali ditawarkan pekerjaan di Arab yang bergaji lima angka, tetapi saya tolak kerana setiap kali tawaran datang, masa agak kurang sesuai.


Izinkan saya memberikan sedikit gambaran dunia pekerjaan di luar negara. Bukannya untuk menggalakkan “brain drain” di Malaysia, tetapi sebagai persiapan untuk anda semua menghadapi dunia pekerjaan yang semakin global. Cantik bunyinya, dan mungkin belum anda fahami lagi, tetapi saya ingin mengingatkan yang cabarannya cukup besar.


Istimewanya di sini, sangat hampir dengan Mekah dan Madinah. Itu sebab utama saya menerima tawaran kerja di Riyadh. Dalam setahun boleh beberapa kali pergi Umrah ke Mekah dan ziarah Rasulullah di Madinah. Tidak dapat saya gambarkan betapa indahnya perasaan apabila sujud di dataran Kaabah, ataupun berdoa di Raudhah di Masjid Nabawi. Airmata bagai tidak dapat ditahan-tahan, dan kemanisan berada di situ tiada bandingan. Anda juga harus berazam untuk sampai ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Cuaca di Riyadh sangat ekstrem. Pada musim panas (Mei – September), suhu secara purata melebihi 40⁰ Celcius, ada harinya melebihi 50⁰ Celcius. Pada musim sejuk pula, suhu hampir ke takat beku. Bersyukur sangat kerana kita dianugerahkan negara yang sangat cantik dan cuaca yang sangat nyaman.


Kalau hendak diceritakan pula lagak dan gelagat masyarakat di sini, rasanya boleh dijadikan sebuah novel yang tebal. Di sini orang lelaki agak kasar dan kadang-kadang biadap (mengikut standard orang Melayu). Kita kena belajar “peluk Arab” sambil menggeselkan pipi dan bunyi “cup, cup, cup” seolah-olah mencium pipi mereka yang dipenuhi jambang. Bagi yang perempuan, di Saudi tidak boleh keluar berseorangan atau memandu kenderaan. Bila berada di luar rumah, wanita mesti menutup muka dengan “burka”.


Anda juga mungkin terperanjat bila mendengar pekerja-pekerja Filipina (dipanggil Pinoy di sini) fasih berbahasa Arab, sedangkan mereka bukan beragama Islam. Malu juga kita yang sejak kecil didengarkan perkataan Arab, tetapi masih tidak pandai bercakap Arab.


Apabila kita berada di luar negara, kita menjadi masyarakat minoriti. Masyarakat minoriti selalunya tidak mendapat keistimewaan yang biasanya kita rasai di Malaysia. Saya tidak gemar membeza-bezakan sesama manusia, tetapi ini realitinya di sini. Kita dilihat sebagai komuniti “kelas kedua” manakala orang putih dari Barat diberikan layanan kelas istimewa. Sekurang-kurangnya kita baik sedikit daripada pekerja Pakistan, India, Bangladesh atau Filipina yang dianggap sebagai “kelas bawahan”.


Juga, kita bertuah rakyat Malaysia amat dihormati kerana kita dilihat sebagai negara Muslim yang maju. Pada pandangan ramai di sini, Malaysia dilihat setaraf dengan Jepun, Korea, Singapura dan China. Rakan-rakan Arab yang pernah melancong ke Malaysia jatuh cinta pada keindahan negara kita dan budi bahasa rakyat Malaysia. Ada yang sudahpun merancang untuk kembali dan bersara / berhijrah ke Malaysia melalui program “Malaysia My Second Home”.


Walaupun begitu, tidak dinafikan yang orang kita di sini kadangkala diketepikan daripada peranan penting kerana bilangan kita yang sedikit serta tidak fasih berbahasa Arab. Kebanyakan pekerja di sini datang dari Mesir, Pakistan, India, Bangladesh dan Filipina. Mereka telah membina “empayar” di sini melalui jaringan komuniti yang kuat, sama ada di pejabat mahupun di luar pejabat. Negara mereka miskin dan bermasalah. Jika mereka hilang pekerjaan di sini, mereka akan merempat di negara mereka sendiri. Oleh itu, mereka menjadi terlalu “defensive” dan kurang membantu kerana takut kita akan mangambil kerja mereka.


Menyedari yang kita selalu diketepikan, akan timbul satu semangat untuk bekerja lebih kuat daripada orang lain. Kita tebalkan muka mencari maklumat ke hulu ke hilir. Walaupun dimarah, ditegur dan ditertawakan berulang kali oleh ketua dan rakan-rakan, kita kena senyum dan perbaiki kerja kita sehingga kita menjadi paling cemerlang dalam kerja yang diberikan. Hasilnya, walau apa pun peranan yang diberikan kepada kita, kita akan diakui sebagai pakar dan tempat rujukan dalam berbagai perkara.


Itu di rantau Arab. Sekiranya anda ingin meneroka negara “Mat Saleh” keadaannya nyata berbeza. Orangnya lebih berbudi bahasa dan cara pemikiran lebih terbuka. Pengalaman bekerja di unit antarabangsa sewaktu di Telekom Malaysia dahulu banyak memberi peluang saya memerhati dan mempelajari budaya kerja rakan-rakan dari UK, US, Jerman, Perancis, Itali, Jepun, Korea, Singapura dan sebagainya.


Secara ringkasnya, orang di negara maju mempunyai beberapa sikap yang sepatutnya ditiru oleh kita bangsa Melayu. Antaranya rajin membaca, menepati masa, berjalan pantas, menghormati orang lain dan bersopan santun. Di samping itu, mereka akan berusaha kuat untuk cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi, sama ada pelajaran, perniagaan, sukan dan sebagainya. Lebih baik lagi jika mereka Muslim.


Pengalaman saya ke Finland, Belgium, Holland, Vietnam, India, Oman dan New Zealand untuk mesyuarat, menjalani latihan, melancong dan mencari kerja sebelum ini juga banyak memberi keinsafan betapa Allah sayangkan kita. Banyak nikmat yang dianugerahkan kepada kita yang tidak dapat diceritakan dengan perkataan. Anda mesti melaluinya sendiri, dan setelah itu cuba renungkan kehebatan ciptaan Tuhan. Cuba tanya diri “Kenapa Allah letak aku di sini ? Mesti ada sesuatu yang Allah ingin aku pelajari / sumbangkan.”


Sebagai contoh, Mekah dan Madinah adalah tempat paling suci bagi kita umat Islam, tetapi orang-orang yang kita temui di sana kebanyakannya sangat kasar, suka bertengkar dan menipu. Sebaliknya pula di Amsterdam, di mana ganja, pelacuran dan pornografi berleluasa. Orang-orangnya sangat peramah, berfikiran terbuka dan suka membantu. Kenapa begitu? Pasti ada sesuatu yang Allah ingin kita pelajari.


Sebelum berundur, izinkan saya memberi cabaran ini kepada anda. Di luar sana persaingan sangat hebat. Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk mengembara melihat dunia luar, mencari ilmu dan pengalaman serta menaikkan nama bangsa Melayu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda penuhi.


1.                              Pencapaian akademik : sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas kerana anda bersaing bukan sahaja dengan siswazah tempatan, tetapi dengan orang dari negara yang lebih maju. Pencapaian akademik anda mencerminkan sikap dan disiplin anda apabila diberikan sesuatu tugasan kelak. Tugasan anda sekarang adalah untuk belajar. Bagaimana kami hendak mengambil anda bekerja jika tugasan semudah inipun tidak dapat anda laksanakan dengan cemerlang ?


2.                              Agama : mulai sekarang, perlahan-lahan biasakan diri untuk melakukan solat sunat tahajjud, taubat dan dhuha secara istiqamah. Solat berjemaah dan banyakkan baca Al Quran. Daripada pengalaman kami, terlalu banyak keistimewaan apabila anda melakukan amalan-amalan ini.


3.                              Bahasa : sekurang-kurangnya fasih berbicara dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana hendak bermesyuarat dengan orang Arab, Eropah, Jepun atau China jika anda cuma tahu berbahasa Melayu ? Bagaimana hendak bertanya arah jika sesat di Mumbai atau Helsinki jika tidak tahu berbahasa Inggeris? Jangan risau, takkan kurang Melayu kita jika pandai berbahasa asing. Kami sekeluarga masih suka makan nasi goreng ikan masin, sambal belacan, mi bandung Muar dan lontong walaupun bercakap Bahasa Inggeris, sedikit Bahasa Arab, dan sekarang sedang belajar Bahasa Perancis.


4.                              Tatacara berkomunikasi : peramah dan pandai menyesuaikan diri bila berkomunikasi dengan pegawai atasan, rakan sekerja, orang kampung dsb. Peluk ibu bapa anda. Beri salam serta senyum dan hormati para pensyarah, pengawal keselamatan, makcik “cleaner”, pakcik tukang kebun dan staf universiti. Mereka adalah pengganti ibu bapa anda semasa di kampus. Berkat doa mereka akan banyak membantu kejayaan masa depan anda. Saya cadangkan anda baca dan asah kemahiran yang diajar dalam buku “How To Win Friends And Influence People” tulisan Dale Carnegie.


Umur yang anda ada sekarang tidak akan datang lagi selepas ini. Gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk mempersiapkan diri anda. Jangan mudah terikut-ikut dengan kawan-kawan yang suka membuang masa. Kejayaan anda adalah hasil usaha kuat anda sendiri, diiringi doa bersungguh-sungguh dan tawakkal.


Saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersinggung perasaan anda. Saya doakan anda semua lebih kuat berusaha untuk berjaya dalam pelajaran masing-masing. Saya harap anda semua dapat menjadikan diri anda pelajar paling cemerlang, dan boleh bersaing dengan siswazah dari universiti antarabangsa apabila memohon kerja nanti. Saya doakan anda semua menjadi manusia paling cemerlang, di dunia dan Akhirat. Wassalam.



HISYAMUL ARIFFIN BIN BACHEK
Senior Accountant – General Ledger
Finance Department
Etihad Etisalat Company (Mobily)
Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia




Nak belajar buat cupcake



Cupcake! Cupcake! Cupcake!

SAya mau belajar buat cupcake. Tapi saya malas nak bergerak. Kalau dah 24 hours ( belum tolak tidur la) asyik on9 jer, bila mood nak datang buat cupcake yer. Ni pun dah jam 4.20 a.m still segar lagi biji mata ni depan laptop. Biasalah make up blog la, pe lagi. Saje2 je nak ada blog yg cute. 


Kenapa nak belaja buat cupcake? haa, sebab En Hisyam la. Dia email n advise kat aku cuti sem ni jangan waste time. Dia suruh amik kursus2 and outdoor activities, ex : kursus bahasa, advance excell, daki gunung [hah fevret ni, tp xde geng la], and the most interesting part yang dia suruh adalah belajar buat cupcake=) ... Actually aku interested dengan semua suggestion dia tapi semuanya tak berkesempatan. Rabu ni pun dah nak practical, so memang tak sempat except aku spend time on weekend for those activities. 


But, satu masa nanti nak belajar gak buat cupcake and cake2 yang lain. Seronok plak nak buat cake sendiri. Since buat cake coklat moist masa Aidiladha aritu. Sedap2. Anak buah n family berebut2. And memang kelakar, padahal beli tepung instant tapi riuh sekampung bila cake dah jadi. He He. Tapi bukan tak reti buat sendiri. Tahu jer, cuma instant lagi mudah. Murah pun murah jer.




Kek Coklat Moist
Model Cake























haaaaa, maka terhasillah cake yang nampak hodoh ni, tapi jangan pandang sebelah mata ae, sedap tu!!!! Actually huruf "M" kat topping tu aku pepandai je tambah yogurt. Sebab aku minat giler makan yogurt. Niat di hati nak deco la yogurt tu, tapi ape punye deco la yang terhasil tu. Tak kreatif langsung! haha. HuRUF "M".... Untuk ape tu yer???? 






 So, aku nak share la resepi cake ni, kalau rajin buat lah yer, Ikhlas ni aku bagi resepi kat korang. Hu Hu Hu






Kek coklat moist

 

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
  4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1.    Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.

2.    Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,


3.    Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar/kukus selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

4.    Sejukan kek [untuk lebih enakkk]

TOPPING

5.    Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka


Selamat mencuba=)

Sunday, November 28, 2010

life is short. life is sweet



Life is too short not to make the best and the most of everything that comes your way everyday


Be happy now. Don't wait for something outside of yourself to make u happy in the future. 


Just living is not enough. One must have sunshine, freedom, and a little flower. 


You only live once, but if you work it right, once is enough. 


God, if I can't have what I want, let me want what I have.


Be happy while u're living, for u're a long time dead. 


Life is just a chance to grow a soul.


Life is to short to waste. 


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++





Friday, November 26, 2010

Petua Traditional... I loikeeeeee....

People usually said, " ko ni mengabihkan boras (beras) mak bapak je".... erm yeke? [kasar yer bunyinya]..Mungkin ya bagi mereka yang menganggur macam aku ni. Tapi aku bukan menganggur pun. Aku cuma tunggu masa untuk practical jer. Tapi kalau ada orang nak sound aku duduk rumah menghabiskan beras mak aku jer, aku tak kesah pun. memang betul pun :'(. Eh tapi ni bukan lah nak mengadu hal sedih pula. Memang betul pun, bukan setakat beras je aku habiskan tapi kopi pun sama. Tapi yang peliknya aku tak gemuk2 jugak. Kenapa yer???? Supposedly, kalau aku makan nasi banyak2, lauk banyak2,beserta minum air kopi panas, or kopi ais, aku dah boleh demok kot. Lagi la makan hari2.... Tapi kenapa yer????



Haaaaa... la ni la aku nak story sikit apa dah jadi dengan beras & kopi tu........



Actually, aku ni suka ikut  petua traditional  sebab iannya : 
1) Easy
2) Less cost [p/s: sesuai bagi mereka yang sengkek macam aku - yer r mentang2 aku tak keje lagi]
3) NO CHEMICAL


Aku suka guna beras ni untuk sental muka aku yang tak berapa nak licin ni. Ye la bagi mereka yang dikurniakan muka licin, mulus tu tak payah buat benda2 ni semua pun takpe kan. Muka tetap cantik jer. 


Lately ni aku semakin risau dengan bekas pimple kat pipi aku ni. Urmmm tensi la kadang2.. So aku try la guna beras ni sapu kat muka. Memang dari dulu pun aku suka guna bahan ni untuk buat lulur kat muka & badan. Tapi lately ni rajin sedikit la, sementara takde keje ni. and ada masa lebih, so isi lah masa terluang dengan benda yg memberi benefit ni kan.





Okay, simple jer pun buat benda ni. Ambil beras & kopi and kisar jer guna blender kering milik mak korang tu. Kalau tak suka guna kopi, guna teh pun boleh. 





Then, letak air sikit je, untuk lembabkan beras tu. dan sapulah ke muka. GOsok perlahan2. Depend la nak buat berapa lama pun, tapi kalau aku suka buat lama sikit supaya segala kekotoran tu hilang. Dan kat bahagian hidung yang selalu ada blackhead/whitehead, gosok lama sedikit tapi jangan sampai melecet yer. Dan kalau buat lebih bahan ni, bolehlah sapu kat badan juga.



Okay, done.Simple kan. Tak perlu keluar modal untuk cantik. Kulit aku jenis yang sensitive, hanya boleh guna pencuci muka tertentu jer iaitu yang tak banyak chemical. So sometimes aku guna petua ni je.


Dan nak kongsi juga la, kenapa aku guna kopi atau teh. Kerana banyak benefitnya. Antaranya :



  • Mampu menanggalkan sel kulit mati & memperbaiki kulit yang rosak.
  • Dapat menetralkan kulit yang teriritasi & memberi nutrisi pada kulit.
  • Menghilangkan bau badan.
  • Merevitalisasi sel kulit baru dan menjaga kelembapan kulit.
  • Mampu menghilangkan bekas jerawat, dan blackhead.
  • Menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur.
  • Dapat memperbaiki sirkulasi darah dan memecah lemak di tubuh yang dapat menimbulkan selulit.
  • Berfungsi sebagai astringent karena kandungan pH-nya sama dengan kulit kita (4,5) sehingga mampu mengurangi dan menghilangkan jerawat ataupun noda di kulit.
  • Memberi proteksi terhadap sinar UVA atau UVB.
 So, u all bley la cuba petua ni yer. Pasti akan rasa kesannya. Muka lebih berseri2 dan Badan pun selesa tanpa daki dan bau badan. InsyaAllah. Selamat mencuba=)






Tuesday, November 23, 2010

salam sayang..

Sementara tunggu Is balik, aku xde benda nak buat melainkan on9, on9 & on9.. Tadi pun jumpa Is sekejap je, suruh dia teman withdraw duit. Balik je, Is terus pergi ajar silat. Yela, silat tu ibarat kekasih dia no 2 la katakan. Walaupun aku tak lah berminat sangat, but aku rasa silat tu penting juga untuk dia lindungi diri dia, aku dan keluarga " walaupun belum b'keluarga lagi". Hehe.. Tadi masa keluar, t'lepas plak dari mulut aku yang tunggu aku lagi setahun, baru get married. Is t'kjut, haha. Setahun bagi dia mungkin lama. tapi pada aku sekejap je. Aku masih belum b'sedia sebenarnya. Sebab nak study lagi, n yang penting sekali aku nak keje dulu. Memanglah rezeki tu Allah yang bagi, tapi aku masih lagi risau, kalau status aku "MARRIED", peluang kerja aku limited. Dan aku pun nak guna duit aku juga untuk beli hantaran untuk Is sebab pada aku itu adalah hadiah2 aku untuk dia di hari istimewa nanti. If aku x kerja, totally akan guna duit Is juga. At least aku nak juga berdikari.. tapi apa pun, kita hanya merancang, tuhan yang akan menentukan segalanya. Bila tiba seru, kahwin lah yer.


" Tot Tet"...  menandakan message received. Dah tahu dah mesti Is msg nk inform dia dah balik. hehe baru je nak berBlogging. Banyak cerita nak tulis ni. Tapi malam ni mcm nak tdo awal sikit la.. Esok continue..
uuuaaaaaaaaagghhhhhhh...."ngantuk tahap dewa"....


Nyte... Chow sin Chi

S.e.l.a.m.a.t. h.a.r.i s.e.l.a.s.a.

hye all..

todat is better than yesterday!! tahniah la kepada diri aku sendiri sebab berjaya bangun n siapkan tugas2 membantu mak. mlm td tidur lambat n actually pg td roh masih tak sampai2 lagi dalam jasad aku, untill lah mak aku "knock d door"..... + dengan suara my nephew lg.. huish!!! Sayangnya aku nak tinggal kan katil aku ni.. Oh katil!!!!

"tok3...tok3... Buka pintu ni HA (nama manja aku kat rumah,.... MAnje pulak!!!!)".... kata nak basuh baju2 dari segamat tu".... Ya Allah, baiknya hati mak aku, tapi sebenarnya aku tahu taktik mak.. Mak nak suruh aku bangun awal sebenarnya.. Dengan muka yang masam aku kluarkan beberapa helai baju kotor tu n give to mak.. ( dah macam anak raja plak kan)... baju pun mak nk kena basuhkan. Bayangkan la, balik dari segamat 11 nov, but baju still x abeh2 basuh lagi.. bukan la pemalas, cuma kat sni musim hujan. nak basuh pun x de mood... "Alasan semata2"..
tempat persemadian baju2 kotoq dari segamat.. "one quater left"


tapi aku ni lagi faham bahasa la kan dari adik aku si yaya,.. Aku terus bangun kemas rumah.. yaya plak lena dibuai mimpi pagi..

Selesai kemas rumah, time to mandikan my WKG bucuq.. Dari balik from segamat tu, aku x penah lagi mandikan dia. Dah bersih da semuanya.. waa cutenya dia.. putih bersih.. Bak kata Aie, "sepatu sekolah SPARK". molot longkang la sangat kan. 






my baby



anyway, keje2 membantu mak dah selesai,.. masak je belum.. moga petang ni memberi sinar buat aku.. masa perlu di habiskan dengan sebaiknya. Lebih kurang seminggu je lagi dah nak practical.. So, kena hargai masa rehat ni. hehe

ops!! sebelum terlupa, cekodok keras yang aku buat semalam tu, lupa letak telur rupanya.. kah2. Ano "niera rashid" yang btahu... kiki. next tyme i try lah yer...

See u again... Chow sin Chi

Monday, November 22, 2010

Isnin yang membosankan

moshi2=)

jam 11.00 p.m :Isnin dah nak berlalu.. menanti hari selasa yang mungkin sedikit busy. hari ni santai and relax giler coz anak buah aku xde. but start esok, tugas membantu mak bermula. tak dapatlah nak bangun lambat macam hari ni.. Esok mesti bangun awal... Bolehkah????? Akankah???? harap2 mampu lah yer... Chaiyokkk!!!!  

Petang tadi aku buat jemput2 or cekodok or klu menurut Is, "invite2".. suruh yaya buat air, pemalas kor pempuan tu. Lasly aku la t'bongkok2 buat cekodok, n air teh. Yang kelakarnya, jemput2 aku x berapa nak jadi la. Keras!!! padahal dah letak air panas. mungkin sebab aku letak kentang banyak sangat. N bila aku buat air teh dalam jug plastik " dapat free bli orange sunquick", guna air panas menggelegak tahap 100 darjah C, hatta jug tu dengan drastik nya mengecut.. Ooooooo tidak, aku mrnjerit, terkejut n gelabah.. terus cari jug lain.. Masa mood mak macam baik, aku beritahu la, hahaha..... tp KesiAANnnn diaorang makan cekodok aku yang keras tu.. macam makan chewing GUM... kakaka... lenguh2.. tapi mak yan abeh kan smuanya.. 
anywaym hepi dapat mengenyangkan insan2 kelaparan terutama YAYA yang pemalas..kah3

Tadi aku bosan sesangat la.. sebab kredit habeh =(. Ingatkan nak keluar beli topup n at the same time kluar minum wif Is, sebab semalam dah jajni nak keluar minum. But macam takut plak nak keluar sebab ayah ada..huhu.. kebosanan melanda diri.. Duit plak kurang nak ada. Esok terpaksa withdraw duit saki baki kat bank. huhu..

AnyWAY, Isnin yang bosan hampir berlalu. manakala, Selasa yang busy hampir DATANG.tang.tang.TANG........  Chow Sin Chi!!!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online