Pages

nuffnang

Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Keadaan loji nuklear Jepun kian membimbangkan

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1


Satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.Kebakaran tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 waktu tempatan.

Bagaimanapun menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.

NONE

Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.

Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.



Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.

Walaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.

Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.

Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera. Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh. 200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.

Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza. 
Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti. Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di 

bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.

NONE


sumber: malaysia kini news

Saturday, February 5, 2011

AS mahu Suleiman ambil alih


Mubarak sedia mati di Mesir, Amr Mussa juga berminat jadi presiden baru 


WASHINGTON: Amerika Syarikat sedang berbincang dengan kerajaan Mesir kelmarin mengenai peralihan kuasa dengan ‘segera’ dan dilaporkan memberi tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak untuk berundur serta-merta.


Amerika sudah ada rancangan supaya Mubarak berundur serta-merta, menyerahkan kuasanya kepada sebuah kerajaan peralihan diketuai Naib Presiden, Omar Suleiman, lapor akhbar The New York Times (NYT), kelmarin.
Laporan itu, yang memetik pihak berkuasa pentadbiran Presiden Barack Obama dan diplomat Arab berkata, rancangan itu menyasarkan untuk mendapatkan sokongan tentera Mesir. 

Jurucakap Rumah Putih, Tommy Vietor memberitahu: “Presiden berkata sudah sampai masanya untuk memulakan satu peralihan aman, teratur dan bermakna dengan rundingan boleh dipercayai. 

“Kami sudah berbincang dengan pihak berkuasa Mesir pelbagai cara berbeza untuk menggerakkan proses itu ke hadapan, namun semua keputusan perlu dibuat rakyat Mesir,” tambah Vietor. 

Secara berasingan, seorang pegawai kanan Amerika berkata: “Adalah salah untuk melaporkan bahawa ada perancangan tunggal Amerika yang dirunding dengan pihak berkuasa Mesir.” 
NYT melaporkan, walaupun Mubarak enggan berundur segera, pegawai kedua-dua kerajaan berbincang supaya Suleiman, disokong angkatan tentera Mesir, memulakan proses pembaharuan Perlembagaan. Cuma, belum jelas sama ada Suleiman sudah bersetuju mengambil alih segera. 

Akhbar itu berkata, cadangan gesaan kepada kerajaan peralihan termasuk menjemput anggota dari kalangan kumpulan pembangkang meluas termasuk kumpulan diharamkan, Ikhwanul Muslimin, untuk memulakan satu proses pilihan raya bebas dan adil September depan. 

Di KAHERAH, Mubarak berkata beliau sedia berundur tetapi bimbang negaranya akan menjadi kucar-kacir ketika penunjuk perasaan sekali lagi berhimpun di Dataran Tahrir menggelarkan protes terbaru sebagai ‘Hari Menyambut Pemergian (Mubarak).’ 

Pemimpin berusia 82 tahun itu berkata, beliau bosan menjadi presiden dan mahu meletakkan jawatan tetapi keadaan tidak membenarkan kerana bimbang Mesir menjadi lebih kucar-kacir, katanya dalam temu ramah dengan ABC. 

“Saya tidak kisah apa yang orang kata mengenai saya. Ketika ini, apa yang saya pentingkan ialah negara. Saya sayangkan Mesir. Saya sedih mengenai apa terjadi semalam. Saya tidak mahu rakyat Mesir bergaduh sesama sendiri. Ikhwanul yang bersalah,” katanya. 

Ditanya apa perasaannya, Mubarak berkata: “Saya rasa masih kuat. Saya tidak akan lari. Saya akan mati di bumi Mesir,” katanya. 

Di PARIS, pemimpin Liga Arab, Amr Mussa, yang juga bekas Menteri Luar Mesir, menyatakan kesediaan bertanding jawatan presiden walaupun tidak yakin Mubarak akan melepaskan jawatan itu. 

Ditanya sama ada berminat untuk bertanding dalam pilihan raya baru Mesir dalam program radio Europe 1, Mussa berkata: “Mengapa tidak? Sudah pasti saya sedia berkhidmat untuk negara sendiri. Saya sedia berkhidmat dan berhak menjadi calon.” – Agensi 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online