Pages

nuffnang

Sunday, May 22, 2011

Disebalik Tabir CocaCola "can" glass

CocaCola "can" glass
Tetiba nak story pasal CocaCola "can" glass yang mereka di luar sana dok sibuk nak memilikinya. Sebenarnya saya ni memang jarang tengok tv. Busy lah katakan. Masa harian adalah padah dengan kerja dan online sebelum tidur. Jadi manalah tahu sangat pasal advertisement la kan. Hatta, 29th April yang lalu, pergilah hang out dengan kawan. Kebetulan turun Batu Pahat, rumah kakak, then belanja member makan MCD. Dah order, dapat lah 3 glass tu. Erm, amek je la. Ngap ngup ngap ngup.. makan sambil berbual2 sebab lama dah tak jumpa. Time dah nak balik member kata, nak mintak glass tu. Dalam hati berkata "amboi, dah aku belanja, glass pun ko nak, dah bagi betis nak peha pula". Dalam hati je la... Luaran masih melemparkan senyuman yang begitu ikhlas, "owh, nak ke, boley2". Nah cenderahati buat korang.". Buat wafi and hamzi.

sorang dapat 1

Maka majlis pun bersurai la. Lega lah saya dah dapat belanja si wafi, classmate saya tu. Kalau tak asyik tuntut tak sudah, nak mintak belanja. Dah balik ke rumah, masih tak heran langsung pun dengan glass tu. Letak je la. Keesokan harinya, pulang la ke rumah dengan selamba tak ingat langsung nak membawa glass tu. 

On 2nd of May, bila naik kerja my colleague cerita lah pasal glass coce tu. Dia teringin nak p mcd nak dapatkan glass tu. Saya kata saya dah ada 1 dah. Black color. Tapi saya xde perasaan pape pun dapat glass tu. Lar.. dia kata kan tegah promotion glass tu. Sudah.. Katak bawah glass aku jadinya. Tapi kira ok lar, aku tak tahu pape pasal promotion tu dah pun own that glass awal2 dah. Tapi malangnya, serupa je tak ada glass tu, sebab dah tertinggal kat Batu Pahat. 

Then, my colleague ajak lah pergi mcd lagi. Dia nak kumpul semua katanya. Saya layankan. Maka temankanlah dia. Dapatlah color biru. 

If u see anything weird in diz pic, pls ignore jer..... huhu

Tapi saya suka purple. Purple dah lepas. Dia kata adik lelaki dia ada color purple n nak tukar dengan saya punya yang color hitam. Ok, tapi kena tunggu kakak saya bawa balik glass tu dari Batu Pahat la. 




Plan untuk exchange antara satu sama lain....


Unfortunately, saya dapat bad news yang glass hitam saya dah pun dikeluarkan dari kotak malah digunakan oleh anak saudara saya. Bertuah punya budak.. Dia buat minum sudah.. Maka cancel lah segala agreement dengan rakan tadi tu. Saya tak de lah kecewa pun. Sebab saya memang xde keinginan dari awal2 lagi terhadap objek ni. haha. Rakan saya tu sedikit upset la, sebab adik dia memang nak sangat color hitam. Sebab dia nak beli pun dah sold out masa tu. 




Nak dijadikan cerita tengah2 malam ni, tadi saya kemas2 bilik saya yang agak messy ni. Ternampak glass biru yang tiada maknanya dalam hidup saya. Saya tak tahu nak letak kat mana. Then saya terfikir. objek ni ditutup oleh kotak yang masih lagi boleh nampak dalam dia. Maka.... saya boleh meletakkan sesuatu di dalamnya. Ting!!!!! I got an idea.... Saya ambil coins saya yang menyemak kat dalam purse saya. saya cuba insert ke dalam glass itu. Owh, ada nilai murni juga apa yang saya lakukan ni. Okey, I got another idea. Saya ambil pisau, saya buat 1 hole untuk insert the coins.


 Tapi......macam tak berapa effective kerana ini kaca. Jika kaca bertemu besi, takut kesan buruk menanti. 
Urm.. saya cari bahan yang mengurangkan kedap bunyi untuk prevent bunyi yang keterlaluan bila insert the coin.Spounge! Ok i got it. Ambil yang nipis jer. Buat bentuk circle n masukkan lah kat bawah glass tu. Kurang lah bunyi bising bila insert the coins. Outcome seperti di bawah:






Jadi motif yang cuba saya sampaikan adalah:
Jangan mensia-siakan apa yang kita miliki. Walau kita tak de perasaan kat benda tu, carilah alternative lain untuk kita memuliakannya. Setiap apa yang kita miliki pasti ada kebaikannya. Jadi saya tak lah biarkan glass ni merata2 tanpa digunakan. Dan saya jadikan ia temporary port untuk coins saya. Saya memang pengumpul 50 cent, but now saya mix kan dengan 20 cent. So, daripada buat hiasan jer, xde hasil la kawan2. Kalau kawan2 insert coin 50 cent jer, bayangkan, 1 glass penuh kita estimate RM50 atau kuang sikit la. Kalau anda ada 6 koleksi glass dah berapa?? Ala baru berapa kan.. Setakat dua tiga ratus, 2 hari kerja dah dapat. Berlagaknyer. Tak baik begitu. Jangan pandang remeh dengan coins. Kawan saya pengumpul 50 cent yang tegar. dari dia kecil lagi. Kawan2 tahu berapa jumlah coin 50 cent dia now? Saya pun tak tahu, tapi setahu saya coin 50 cent dia dah satu guni sebesar tong gas. Dia collect dari kecil sampai lah la ni umur dah cecah 30-an. Jadi saya nak jadi macam dia even though dah jauh terlambat. Huhu! 

Okey, itu saja penyampainya. thx sudi luangkan masa untuk cerita kosong ni..Hehe




4 comments:

Fadzli Amir said...

Wah bagusnya buat tabung,...kat rumah yang dapat dah pun digunapakai oleh anak2..hehehe

nukilanaffiza... said...

wah..suka menabung....kengkadang kalau tgh kering sgt..amik duit rm0.50 dari tabung dalam 3-4 keping...boleh mamam roti canai n teh o..heheheh

shida mj said...

wah kreatif gak ye..

Alongxp said...

hehe... saya ada seeeeeeemua warna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online