Salam Sayang....
Di keheningan malam, sambil melayan blog, membuatkan aku teringat kembali mimpi ngeri beberapa bulan lalu. Di saat aku merasakan nyawaku bukan di sini lagi.... Oh tuhanku, apakah hikmah di sebaliknya...
Kepada yang sudi, marilah kongsi pengalaman ini ...
Keganasan Israil meragut nyawaku..
.................................................................................
Keadaan di rumah sungguh sugul dan cuaca memang panas. Yang sedihnya pula, pangganas Israil datang menyerang kawasan kami. Dan aku dapat information yang diaorang akan bunuh penghuni setiap rumah. Mak aku khabaq, rumah aku akan diserang pada pkul 3.30 petang. aku takuttttt... Ya Allah, sedihnya aku.. Aku akan kehilangan family.. Tetapi aku seakan tak percaya bahawa kami akan terkorban dalam serangan tu. Aku tak keruan. Sekejap aku pergi kat mak aku, aku cium mak aku. Aku akan berpisah dengan mak sebentar je lagi.. Antara percaya dengan tidak.. Jam menunjukkan pukul 3.20 ptng. Aku tak solat lagi masa tu. Aku terfikir, takkan aku nak meninggalkan dunia tanpa bekalan yang cukup.. sesungguhnya aku amat takut. terlalu sedikit amalan aku untuk di bawa sebentar lagi. Aku ke bilik air, nak mengambil wudu'.. tapi aku tak jadi, aku keluar semula..aku terlalu buntu ketika itu. Bunyi tembakan bertalu2 di rumah jiran sebelah. Dapat aku bayangkan bagaimana keluarga mereka bermandi darah. Ya Tuhan, mengapa mereka lakukan semua ni.. Ya Allah, tolong hentikan kejahatan mereka.." aku Berdoa di dalam hati..
Hatta, aku mengendap ke luar, seorang pengganas Israil sedang duduk di tepi rumah aku, menanti jam 3.30 untuk melaksanakan tugas menghancurkan Islam di muka bumi. Aku terfikir untuk bersembunyi agar aku terlepas dari tembakan tu. Tapi, kalau aku dapat menyelamatkan diri, bagaimana pula dengan kehidupan aku selepas ni tanpa ahli keluargaku. Aku sangat sayangkan mereka. Tanpa ibuku dan familyku, tentu aku hilang arah.. Jadi aku decide untuk pergi bersama mereka. Aku redha dengan ketentuan-Nya.
Jam 3.25 aku call Isa. Tp dia tido masa tu dan dia jawab dalam keadaan mamai. Aku beritahu dia, sebentar lagi, mungkin kami akan dipeluru oleh Pengganas2 itu. Tapi dia macam tak percaya, dia kata kami akan terselamat. Aku jawab " tak.... mmg semua akan terkorban. semua orang kata, kami memang tak akan dapat selamatkan diri". masa tu aku kat rumah depan dengan mak dan adik aku. Tiba2, kedengaran bunyi tembakan di rumah aku. Daaaassss!!!!! aaaa!!!!! aku takut.. Inilah rupanya apa yang dilalui oleh rakyat palestin selama ni. Aku tak letak phone lg, aku beritahu Isa, " Is, mereka dah serang kami, Fit nk nyorok dlu". Tanpa berlengah, aku terus masuk bawah sofa.. aku lihat, mak dan adik aku terus berlari ke dapur.. Peluru hampir2 terkena yaya dan mak tapi Alhamdulillah mereka terselamat. Ya tuhanku, terima kasih kerana menyelamatkan mereka...
Dan bila mereka melepaskan peluru dari bahagia hadapan rumah, hampir terkena aku.. Aku keluar dari bawah sofa, dan cuba ikut mak dan adik lari ke dapur.. handphone masih di genggamanku. Mungkin Isa dengar setiap yang berlaku.
Sedang aku cuba berlari, tiba2...............
Tepat2 peluru menembusi belakangku. AAAAAaaaaaaaaaa!!!! aku menjerit. aaaaaa!!!!!!! menjerit kali kedua dalam keadaan lemah.. Dan waktu itu, aku terasa dunia hampir jauh dariku.. belakang badanku terasa hangat.. Hangatnya darah mengalir..Hatta, aku terus terhidu seakan2 bawu wangian mawar.. Ya Tuhanku!!!! Inikah takdir kematianku??.. Aku seakan x percaya pada mulanya yang nyawaku akan berakhir sekitar jam 3.30 ptg. Dan aku decide untuk pergi bersama2 keluargaku.. tetapi, rupanya aku pergi sendirian. Semua keluargaku terselamat, kecuali aku. Kenapa aku pergi ke ruang tamu tadi..
Ya tuhanku, kalaulah aku tak beredar ke ruang tamu rumahku, dan masih stay di dapur dapur, mungkin aku bernasib baik seperti ahli keluargaku yang lain.. Tapi, segalanya telah tertulis. Allah lebih tahu segala-galanya.
Tetapi aku sedih kerana aku tak sempat solat zuhur tadi. Kalau lah aku wuduk dan solat tadi, dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALlah, duduk di atas sejadah sementara nyawaku berakhir, aku akan lebih tenang.. Ya Allah, ampkun aku. Ampunkan aku Ya Tuhanku. Aku buntu di ketika itu...
Terlalu sedikit amalan yang ingin ku bawa untuk berhadapan denganMu Ya Allah.. Betapa sedihnya aku. Tetapi tiada apa yang dapat aku ubah lagi. Aku tak bisa mengundurkan masa. Kalaulah aku guna seelok2nya masa yang aku ada semasa hayatku, Aku tak akan rasa takut begini... Aku yang salah... Aku yang Salah!!!!!!!! Ya Allah, tolonglah hambamu ini buat terakhir kalinya...... kembalikan aku ke dunia agar aku dapat mengubah hidupku.. Ya Allah...........
MAtaku terbuka perlahan.. sangat perlahan... Astaghfirullah...
Ya Allah, apakah ini petunjukkmu buatku agar aku muhasabah diriku....
Alhamdulillah, terima kasih ya Tuhanku, kerana pintu hidayah masih terbuka untuk ummatMu yang kadangkala alfa ini...
Sedarilah rakan2 sekalian, waktunya pasti akan tiba. cuma kita tak tahu bila. Andai dapat sesuatu petunjuk, maka bersyukurlah. walaupun ini hanya mimpi, tapi banyak terkandung pengajaran dan petunjuk. memanglah mimpi mainan tidur, tapi kalau positive, eloklah kte jadikan iktibar. bila semuanya sudh berakhir, barulah kita ingin kembalikan masa itu. Aku bersyukur kerana ini hanya mimpi. andai ini adalah kejadian sebenar, cuba bayangkan... Renung2 kan.... Selamat Beramal)....
Dan selang beberapa minggu mimpi ini menggamit tidurku, aku dikejutkan dengan berita Benar serangan Israil di palestin. Dan aku dapat membayangkan betapa siksanya mereka di sana.. Ya Tuhanku, bantulah mereka.... Amin.
..SEKIAN..
4 comments:
Salam singgah.terima kasih kunjung blok makcik. isael kaum jahat dari dulu.boikatlah barang israel, tanda sokongan.
sedihnya. takut betul baca ni. huhu
welcum kak ina. btw betul kata akak tu. Tapi la ni majority pun barangan mereka. but, pilihan terletak di tangan kita..
Amiin
Post a Comment