Pages

nuffnang

Sunday, February 20, 2011

Panduan Kerjaya Akauntan


Salam mesra.. Di sini saya ada beberapa tips untuk mereka yang megambil bidang akaun untuk memilih future anda. Tips ni berguna untuk diri saya juga yang bakal grad satu ketika kelak. Saya juga masih memikirkan the best decision untuk future saya kelak. Untungnya ambil akaun merata2 tempat kita boleh pergi. Mana2 tempat pun memerlukan akaun. Cuma bergantung pada diri masing2 untuk memilih company jenis apa. OKAY.....


~  Kalau nak jadi akauntan yg mahir, pergilah accounting firm. Yang tak bestnya, mana2 accounting firm (termasuk firm Melayu) akan byr gaji kecik & kadang2 keja sampai malam.. Dia akan perah kita kaw2 punya (ini berdasarkan cerita kawan2 yg pernah keja kat audit firm). Tapi yang bagusnya, after 3-4 years, U mungkin akan jadi sgt2 mahir dlm accounting berbanding dgn kawan2 yg tak masuk accounting/audit firm… Lagi 1 advantage dia, lebih senang utk dapat CPA nanti.. Kalau ada CPA, kemudian2 nanti kalau nak tukar2 kerja yang lagi best lebih senang, sbb value tinggi tu..


~  Alternatif lain, masuk private company, GLC atau semi-govt.. Contohnya Bank Negara, TM, TNB, Securities Commission, MAS, LHDN, Maybank etc… Insya Allah gaji much better (starting dlm RM2k lebih). Keja pun normally ikut waktu keja (8am – 5pm). Dipandang tinggi jugak dlm masyarakat. Ada work-life balance laa..
Bezanya, kalau keja kat company ni, u punya accounting skill akan berkarat sikit. Sbb dlm company, kita cuma cover a small area of the financial statement. Kalau jaga asset, tau asset je lah. Part2 lain tak tau sgt.. Lagi satu, company/GLC ni selalu hantar staff pegi training (interpersonal skill, etiquette, communication etc..), very good for personal development..

Saya ada sorang kawan, before this dia kerja di Telekom dan dah tak berapa sangat guna accounting sbb dia masuk level middle management. So banyak keja2 management, deal dgn department2 lain, & debit-credit ni sangat2 minimum.. Bila dapat offer kerja di UAE, dia kena guna balik segala debit-credit tu.. Terkial2 la nak ingat balik, semput jugak rasanya nak compete dgn budak2 Mesir & Pakistan yg cekap debit-credit katanya.. DIa rasa mcm lembap giler bila discuss dgn diorg..

~ Ok, selain tu kalau u nak jadi lecturer, keja dulu kat mana2 company/firm for at least 3-5 years utk dapat pengetahuan secara hands-on. Kalau tak nanti u cuma cerita benda2 dlm buku je, boring.. Jadi lecturer ni bagus. Walaupun gaji tak seberapa, tapi murah rezeki sbb menyampaikan ilmu pengetahuan..




 ~~~~ Itu je lah panduan2 yang dapat saya share untuk bakal2 akauntan. Apapun pilihlah decision yang terbaik untuk masa depan you all. Saya pula memang berminat untuk masuk company sbb gaji besar sikit. Tapi saya rasa seperti ingin membatalkan hasrat tu. Saya rasa pengalaman lebih berharga dari duit starting keje tu. Saya lebih suka belajar banyak benda kerana mungkin gaji yang kita dapat tu lebih benilai untuk masa depan kita. Tapi pendapat masing2...Anyway, bila kita keliru untuk memilih, mintalah kepadaNya. buat solat Istikharah banyak2, keja mana nak dipilih. Bangun setengah jam awal sebelum Subuh utk tahajjud, insya Allah makbul segala doa. Biasa2kan solat dhuha, sbb itu utk buka pintu rezeki. Amin~~~


All the best...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online