Pages

nuffnang

Saturday, March 19, 2011

Alhamdulillah


Disaat waktu berhenti...kosong


dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri





Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Petikan puisi lagu Alhamdulillah ni amat memberi pengertian buat diriku. Bahawa dalam setiap apa jua keadaan aku perlu memanjangkan syukur kepadaNya. Kadangkala aku sedikit lalai dengan hiburan dunia ini. Hidup di zaman ini adalah cabaran buatku dan umat2 yang lain. Semakin tua dunia ini, semakin banyak dugaan buat kami umat akhir zaman. Oh Tuhan, tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Amin...

Di sini aku nak kongsi satu cerita. Malam tadi kawan aku call dan dia kata ada seorang kawannya bila bangun tido, tiba2 mata dia dah tak nampak. Dunia menjadi gelap. Oh, bayangkanlah. Tiada apa2 sakit, tiada apa2 tanda sekalipun, tiba2 peglihatannya diambil Allah. Tak tahu apa sebabnya. Aku sebak mendengar berita sedih ni. Walau aku tak kenal orang tu, tapi simpati kerana menurut kawanku dia seorang yang baik dan jujur. Subhanallah, moga beliau sembuh kembali.. 

Jadi, aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa apa yang kita miliki di dunia ini bukanlah kekal selamanya. Segalanya milik Allah. Bila2 masa je Allah boleh ambil kembali. Dan orang yang sentiasa diuji Allah adalah orang yang masih mendapat kasih sayangNya. Maka bersyukurlah..... Alhamdulillah......




2 comments:

Nadhirah AR said...

subhanallah , kuasa Allah kan . takde sape jangka apa yang akan terjadi . hurm ......

PurpleOked said...

btul tu. mesti selalu beringat jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online