Pages

nuffnang

Sunday, January 29, 2012

Hari yang nyaman dan cool

Sabah Al Khair

(صباح الخير)

Pagi indah ini memberi sinar buat aku. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Malam tadi lepaking minum dengan sahabat handai, Zuraihanim Bachok & Zilatul Akhmal, berdiskusi the current job mereka, the luahan hati aku seorang penganggur sementara, dan yang paling best bila mereka memberi pandangan untuk majlis wedding aku nanti. Sekurang kurangnya hilang lah kekusutan menempuh hari bahagia nanti. Hu ha hu ha minum, Zuraihanim ajak p jogging pagi ni. 

Pagi tadi bagun jam 6.30, snooze alarm la sekejap, tetiba mimpi sedih la pula. Mimpi bonda tercinta pergi meninggalkan kami. Subhanallah.. Aku menjerit dalam hati, Makkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..... Lantas terus terjaga... Astaghfirullahalzim... Terus bangun, mandi... Solat... Berdoa, Ya Tuhanku,,,, Kau Panjangkanlah umur ibu dan ayahku serta ibadah mereka dan murahkanlah rezeki mereka............... Amin....

Suasana pagi ini amat tenang. Tapi aku tak mampu berjogging. Hanya jalan 3 round sambil berbual2. Sedangkan jalan 1 round aku dah pedih perut, inikan pula nak jogging, Aku memang tak boleh berjalan terlalu jauh. Otot perut terasa pedih. Nak bercerita tentang sains ni al maklumlah, orang nombor, kurang sikit bab2 nak explain bab2 camni. Pemahaman tu ada la sikit2, tp nk  bercerita panjang lebar, memang x reti lah.. So, di sini la function nya pak cik google! 

Tapi lately ni, bila buat keje lebih sikit badan dah penat macam ape. Mungkin selama ni dok tengok buku, p kelas aje, sampai dah tak larat nak buat keje berat. Hey, aci2, macam hal la..Anyway, hari ni sangat2 la mood baik. Mungkin dah exercise tadi. Kata orang, badan sihat otak cergas, dan perlu aku tambah, "pemikiran positive". Yes, tu lah yang terbaik, bila kita buat aktiviti2 sihat ni, mind pun rasa relax jer, anything happen, kita mampu untuk handle. Be cool kata orang..... So aku tengah cool lah ni, walaupun kereta dah 2 bulan lebih tak cuci. Dari color putih suci dah tukar seakan2 cream cair. Memang cool! 

Fizza, memang kau cool! tapi cuba lah ada anjakan paradigma! kataku kepada diriku... Oh ya, btul jugak,orang positive kena positive. Yes, aku amat bermotivasi. Poyo. So, dah pkul 9, kena tolong bonda kemas rumah, then buat ape2 kerja yg patut. Jangan dok on9 jer sepanjang masa,. 

Sekian ceramah pagi untuk diri sendiri. Walaupun kepala aku berserabut dengan berbagai masalah, namun aku sedaya upaya meng'coolkan diri..Kita yang menentukan corak hidup kita, bukan?...Untuk rakan2, kalau berkesaempatan, ayuh solat duha. Pagi2 camni tenang, x de gangguan. Semoga kita menjadi insan yang beringat dan terpelihara. AMinnnnnn.....




Wassalam..........





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online