Pertama, Lelaki tak suka di kawal macam org salah. Tapi saya suka mendesak agar dia mengaku sesuatu yang saya pun tak pasti samada dia lakukannya atau tidak. Mungkin itu silap saya.
Kedua, Lelaki yang normal akan berkelakuan normal. Ya semua orang begitu..
Ketiga, Kalau ada perubahan apa2 pada lelaki, mesti ada sebabnya. Berikan ruang pada lelaki untuk atasi masalah diri dia sendiri. Nilai diri kita juga, mengapa mereka berubah.
Keempat, lelaki tak suka pebesarkan masalah kecil2. Setuju. Perempuan memang suka ungkit benda kecil. Tapi nak buat macamana, itulah kekurangan permpuan. Mereka inginkan perhatian mungkin.
Kelima, Lelaki bukan semuanya nak kawin 2 atau 3 atau 4. Mungkin?
Keenam, Lelakijuga ada perasaan. Memang lah kot.
Ketujuh, Layan lelaki seperti manusia. Jangan ditengking2, didesak dengan masalah remeh2.
Kelapan, Berikan ruang pada lelaki. Space untuk dia berfikir, untuk beraktiviti bersukan dan sebagainya. Kalau dia ada minatnya sendiri yang tak melampaui batas, biarkan.
Dan.....
Kalau lelaki tu jenis hometype… bersyukurlah.
Kalau lelaki tu bukan kaki perempuan ..
bersyukurlah
Kalau lelaki tu bukan kaki botol..
bersyukurlah
Kalau lelaki tu masih balik kerumah…
bersyukurlah
Kalau lelaki itu masih membawa balik
pendapatan dan menyara anak isteri.. bersyukurlah
Kalau lelaki tu masih bersolat lagi.. bersyukurlah..
Kesimpulannya, dalam hidup ni kita perlu muhasabah diri kita. Kepercayaan tu penting tak? Ianya bergantung pada keadaan. Tapi saya perna diberitahu kawan saya bahawa, kita boleh letak kepercayaan pada pasangan kita tetapi bukan 100%. Percaya mereka 80%, dan simpanlah 20% itu. Kerana pabila kita terkena kelak, kita tidaklah penat menghabiskan 100% kepercayaan itu terhadap insan yang kita sayang. Itu pada pandangan saya lah. Kerana saya sentiasa percaya, kita hanyalah insan biasa yang bukanlah sentiasa pegang pada janji2 kita. Manusia mudah alfa terhadap dunia ni.
Akhir sekali, Sayang dan cinta yang kita curahkan kepada manusia bukanlah kekal untuk setiap saat. Hari ini mungkin kita sangat sayang pada pasangan kita. Tetapi sekejap je perasaan tu bisa berubah. Bila gaduh, kita benci dia. Lumrah dunia. Tapi bila kita cinta dan sayang padaNya yang maha esa, ianya tak pernah pudar. Kita tak perlu meraguiNya. Berbeza dengan cintakan manusia. Oh indahnya hidup ini jika kita sentiasa beringat. Moga kita semua sentiasa mendapat hidayahNya.Amin.
pic from google |
10 comments:
lelaki owh lelaki...ko sering dipersalahkan oleh perempuan..hehe
haha. Bukan dipersalahkan, tapi diragui...
hihihi sampai bila meraguinya...hihi..
Sampai ke titisan darah terakhir.. eh, xde lah. saje jer.Saya pun tak mahu meragui orang lain lebih2, x bagus.. huhu
yup betoi tu,.....sudah dinamakan manusia
Kenapa piring astro ke arah kiblat ?
perlu meragui sehingga hilang keraguan itu...
im still learn what exactly the guy want.. hm, masih tak faham dengan lelaki..
lelaki mcm tu le, dunia dia lain skit dr wanita. tp perbezaan bukanlah semuanya membawa kpada keburukan. ada yg mmbawa kbaikan
Kalau diikutkan, lelaki ngan perempuan sama sahaja.. Apa yang penting ialah tanggungjawab bagi kedua2 belah pihak supaya tiada berat sebelah.. Kalau bergaduh tu perkara biasa, kata org sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, apatah lagi pasangan kekasah.. :)
sabar tu penting dalam perhubungan...
Post a Comment