Pages

nuffnang

Sunday, March 6, 2011

Perlukah kita meragui lelaki?

Saya tertarik untuk menilai tentang lelaki. Lalu terjumpa tips berguna ini. Lebih2 lagi sekarang ni memang jiwa saya agak kusut. Mengapa begini? Adakah saya seorang insan yang tidak bersyukur memiliki insan sebaiknya? Atau adakah semua ini hanyalah hasutan syaitan hanya untuk meyerabutkan jiwa saya lagi? Oh tidak, saya tak boleh terlalu mengikut perasaan saya. Sebagai seorang wanita yang berfikiran terbuka saya perlu tahu bahawa bukan semua manusia diciptakan sempuna. Dan saya sedar bahawa saya juga tidaklah sempurna untuk mencari insan yang sempurna. Saya sedar bahawa......


Pertama, Lelaki tak suka di kawal macam org salah. Tapi saya suka mendesak agar dia mengaku sesuatu yang saya pun tak pasti samada dia lakukannya atau tidak. Mungkin itu silap saya.


Kedua, Lelaki yang normal akan berkelakuan normal. Ya semua orang begitu..


Ketiga, Kalau ada perubahan apa2 pada lelaki, mesti ada sebabnya. Berikan ruang pada lelaki untuk atasi masalah diri dia sendiri. Nilai diri kita juga, mengapa mereka berubah.


Keempat, lelaki tak suka pebesarkan masalah kecil2. Setuju. Perempuan memang suka ungkit benda kecil. Tapi nak buat macamana, itulah kekurangan permpuan. Mereka inginkan perhatian mungkin. 


Kelima, Lelaki bukan semuanya nak kawin 2 atau 3 atau 4. Mungkin?


Keenam, Lelakijuga ada perasaan. Memang lah kot.


Ketujuh, Layan lelaki seperti manusia. Jangan ditengking2, didesak dengan masalah remeh2. 


Kelapan, Berikan ruang pada lelaki. Space untuk dia berfikir, untuk beraktiviti bersukan dan sebagainya. Kalau dia ada minatnya sendiri yang tak melampaui batas, biarkan.


Dan.....


Kalau lelaki tu jenis hometype… bersyukurlah.
Kalau lelaki tu bukan kaki perempuan .. bersyukurlah

Kalau lelaki tu bukan kaki botol.. bersyukurlah

Kalau lelaki tu masih balik kerumah… bersyukurlah

Kalau lelaki itu masih membawa balik pendapatan dan menyara anak isteri.. bersyukurlah
Kalau lelaki tu masih bersolat lagi.. bersyukurlah..


Kesimpulannya, dalam hidup ni kita perlu muhasabah diri kita. Kepercayaan tu penting tak? Ianya bergantung pada keadaan. Tapi saya perna diberitahu kawan saya bahawa, kita boleh letak kepercayaan pada pasangan kita tetapi bukan 100%. Percaya mereka 80%, dan simpanlah 20% itu. Kerana pabila kita terkena kelak, kita tidaklah penat menghabiskan 100% kepercayaan itu terhadap insan yang kita sayang. Itu pada pandangan saya lah. Kerana saya sentiasa percaya, kita hanyalah insan biasa yang bukanlah sentiasa pegang pada janji2 kita. Manusia mudah alfa terhadap dunia ni. 


Akhir sekali, Sayang dan cinta yang kita curahkan kepada manusia bukanlah kekal untuk setiap saat. Hari ini mungkin kita sangat sayang pada pasangan kita. Tetapi sekejap je perasaan tu bisa berubah. Bila gaduh, kita benci dia. Lumrah dunia. Tapi bila kita cinta dan sayang padaNya yang maha esa, ianya tak pernah pudar. Kita tak perlu meraguiNya. Berbeza dengan cintakan manusia. Oh indahnya hidup ini jika kita sentiasa beringat. Moga kita semua sentiasa mendapat hidayahNya.Amin.




pic from google









10 comments:

Encik Peluang said...

lelaki owh lelaki...ko sering dipersalahkan oleh perempuan..hehe

PurpleOked said...

haha. Bukan dipersalahkan, tapi diragui...

siTokei said...

hihihi sampai bila meraguinya...hihi..

PurpleOked said...

Sampai ke titisan darah terakhir.. eh, xde lah. saje jer.Saya pun tak mahu meragui orang lain lebih2, x bagus.. huhu

siTokei said...

yup betoi tu,.....sudah dinamakan manusia

Kenapa piring astro ke arah kiblat ?

BTS said...

perlu meragui sehingga hilang keraguan itu...

nadira shahid said...

im still learn what exactly the guy want.. hm, masih tak faham dengan lelaki..

Myra Jay said...

lelaki mcm tu le, dunia dia lain skit dr wanita. tp perbezaan bukanlah semuanya membawa kpada keburukan. ada yg mmbawa kbaikan

decrewz said...

Kalau diikutkan, lelaki ngan perempuan sama sahaja.. Apa yang penting ialah tanggungjawab bagi kedua2 belah pihak supaya tiada berat sebelah.. Kalau bergaduh tu perkara biasa, kata org sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, apatah lagi pasangan kekasah.. :)

PurpleOked said...

sabar tu penting dalam perhubungan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online