Pages

nuffnang

Tuesday, January 25, 2011

PETUA ORANG CEMERLANG



 Orang cemerlang berusaha mengenali dirinya secara mendalam.


 Orang cemerlang sentiasa berusaha menjana hati yang bersih dan sentiasa mencuci hatinya seperti bersembahyang taubat, istighfar, baca Quran, maafkan semua orang, ingat mati, sedekah, berpuasa, kekalkan berwudhuk dsb.


 Orang cemerlang sentiasa membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan.


 Orang cemerlang sentiasa melakukan setiap kegiatan sebaik mungkin. Komitmen terhadap tugas amat tinggi dan sentiasa membuat persediaan rapi.


Orang cemerlang sentiasa mencari penghalang atau pembantut kecemerlangan. Kebanyakan orang enggan menerima hakikat yang mereka sebenarnya bermasalah.


Orang cemerlang sentiasa mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku. Orang cemerlang sentiasa redha dan bersyukur.


 Orang cemerlang sentiasa berusaha menarik hidayat Tuhan. Banyak cara kita boleh usahakan bagi memastikan kita dihujani hidayat Allah.


 Orang cemerlang sentiasa bersangka baik kepada orang lain dan bersedia menerima teguran dan nasihat daripada orang lain.


Orang cemerlang sentiasa memprogram minda setiap hari. Menggambarkan fikiran positif, bisikan positif, gambaran mental yang jelas. Gambaran mental yang jelas lebih berkesan daripada azam yang kuat.


 Orang cemerlang sentiasa memaafkan orang lain dan mudah meminta maaf daripada orang lain. Kemaafan membawa kebaikan kepada diri kita.


 Orang cemerlang sentiasa memberikan respons, bukan reaksi. Respons adalah tindakan secara proaktif dan berhikmah serta menilai kesilapan diri.


Orang cemerlang sentiasa mencari keberkatan dalam setiap tindakan. Ini dapat dicapai dengan niat yang murni, mengeluarkan zakat, sedekah, mendoakan ibu bapa dan guru-guru, bekerja dengan ikhlas serta bersungguh-sungguh dsb.


Orang cemerlang sentiasa menjadikan dirinya disayangi Tuhan dan dibenci syaitan. Orang cemerlang sentiasa mengawal setiap pancainderanya dengan sempurna. Jaga lidah, mata, telinga, hidung, tangan & kaki.


 Orang cemerlang sentiasa berusaha dengan gigih bagi menjadikan dirinya magnet positif yang menarik segala perkara yang baik kepada dirinya.


Orang cemerlang sentiasa berusaha memahami erti kegagalan. Orang yang tidak faham mengenai kegagalan akan rasa sukar memahami erti kejayaan sebenar.


 Orang cemerlang sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan dan melebarkan doanya bagi meliputi arena global.

3 comments:

asybedazzle said...

org cemerlang tak kedekut ilmu. :) btw hye!

PurpleOked said...

btul tu..lebih banyak ilmu yang kte kongsi, lg lah banyak ganjaran kita kelak...

Anna said...

berfikiran positif itu mesti! :) suka post ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online