Pages

nuffnang

Sunday, March 20, 2011

UMAT ISLAM MENUJU KE ARAH MANA

Suatu hakikat yang tidak dapar dinafikan, dunia hari ini sedang dilanda berbagai-bagai penyakit yang begitu sukar sekali untuk diubati. Hal ini dapat kita rasai keadaannya di sekeliling kita samada disedari atau tidak. Di mana-mana sahaja penjuru dunia ini sedang menghadapi sakit yang tenat di samping perbalahan dan peperangan yang tidak kunjung reda, menjadikan manusia hidup dalam suasana yang tidak tenang, tidak bahagia, dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini berupa krisis-krisis dalaman masyarakat wujud dengan ketara sekali terutamnya dalam kehidupan masyarakat barat.

Dunia tidak menafikan bahawa masyarakat barat hari ini sedang tenat dilanda berbagai krisis pergolakan  masyarakat.Keruntuhan akhlak dan moral amat ketara sekali kerana di dalam masyarakat mereka,kerana aspek-aspek serta ciri-ciri yang mebezakan manusia dengan binatang tidak pernah di ambil perhatian. Mereka hanya mengambil berat perkara-perkara yang berbentuk ke arah pemujaan hawa nafsu semata. Persoalan ukhrawi atau agama semacam tiada dalam agenda kehidupan mereka.

Namun suatu perkara yang amat dikesalkan sewaktu masyarakat barat sedang menuju kehancuran akhlak dan moral yang amat parah, telah timbul dari pemikiran sebahagian besar umat Islam sendiri terhadap kemampuan Islam dalam berhadapan dengan arus kemajuan tamadun barat. Ada pula yang menyuarakan bahawa suasana masa kini sudah tidak sesuai lagi untuk Islam dilaksanakan, kerana nantinya ia akan menyebabkan sistem hidup yang tidak teratur.

Mereka ini adalah golongan yang didorong oleh perasaan rendah diri dengan Islam dan terpukau oleh kejayaan-kejayaan tamadun barat tanpa meneliti kesan buruk yang terdapat di dalamnya. Mereka tidak melihat secara benar bahawa barat sebenarnya menuju kemusnahannya sedikit demi sedikit.

Firman AllahS.W.T yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mencari cara hidup selain Islam, maka tidak akan diterima darinya dan di akhirat kelak dia termasuk orang-orang yang rugi"


Wallahualam....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online